ISTIKHARAH,..apa itu istikharah sebenarnya? ISTIKHARAH boleh diertikan sebagai memohon dan meminta sesuatu/petunjuk yang terbaik. Solat Istikharah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah sebagai meminta petunjuk daripada ALLAH dengan pilihan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.
Sesungguhnya ALLAH adalah tempat untuk kita mengadu dan memohon. " dan Tuhanmu menciptakan dan memilih apa yang DIA kehendaki, bagi manusia tidak ada pilihan (kecuali ianya adalah daripada pilihan dan ketentuan Allah ).." (Al-Qasas:68)
"Aku yakin bahawa dia adalah jodohku,"..mungkin ini adalah persoalan yang sentiasa bermain dalam fikiran kita..Istikharah adalah suatu amalan yang selalu dikaitkan dengan JODOH sedangkan Istikharah bukannya dikhususkan untuk JODOH sahaja..
"Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat,"-hadith ini direkodkan daripada Bukhari
Istikharah boleh menjadi FITNAH?? macam mana tu?? sebenarnya ramai beranggapan bahawa dengan melakukan ISTIKHARAH ni kita akan mendapat terus petanda melalui mimpi/bayangan sendiri..contohnya situasi macam ni,".. Seseorang ni telah pun bertunang dengan A..tapi untuk kepastian lagi, dia melakukan solat istikharah dan mendapat bayang wajah orang lain dalam mimpi..sedangkan sebelum bertunang, dia telah pon melakukan istikharah untuk dipermudahkan urusan..dan sbb istikharah kali ke-2 tu, dia memutuskan pertunangan..."..PERSOALANNYA, adakah kita ni wali sampai mendapat petunjuk dalam mimpi dengan semudah itu?? sebab mimpi boleh jadi gangguan syaitan yang tidak jemu2 mencari peluang untuk memusnahkan kita...
ISTIKHARAH dibuat adalah untuk mendapatkan kepastian dan mengagungkan Allah dalam membuat keputusan..Ini bertentangan sekali dengan sifat-sifat orang kafir yang tidak mengharapkan apa-apa dari ALLAH..mereka menjalani kehidupan tanpa memandang dengan kekuasaan dan ketentuan dari ALLAH. mereka yakin bahawa segala ketentuan dan keadaan adalah tindak-tanduk makhluk sendiri dan bukannya dari ALLAH...jadi, kita percaya bahawa HANYA ALLAH yang tahu qada' dan qadar seseorang, dan dengan itu, setelah berusaha, kita perlu bertawakkal dan memohon denganNYA untuk kebaikan..
kadang-kadang, kita juga tidak perlu jadi KOLOT, dengan terlalu cepat merasakan ia ZINA HATI..jangan jadi terlalu ekstrimis dengan zina hati kerana RINDU itu fitrah. yang membawa kepada kelalaian dan jauh daripada Allah disebabkan teringat akan seseorang itulah yang boleh dikatakan ZINA HATT. Jika hanya teringat secara tiba-tiba, tidak boleh la untuk terus melebel sebagai zina hati...
Islam itu hadir bukan untuk MENGHARAMKAN FITRAH MANUSIA, tetapi ia hadir untuk MENGAWAL FITRAH MANUSIA...
Satu kisah daripada Habibah binti Sahl, isteri kepada Tsabit bin Qais. Beliau lari pada malam pertamanya kerana tidak mampu menumbuhkan rasa cinta kepada Tsabit. Ruoa-rupanya beliau tidak berpeluang melihat Tsabit sebelum berkahwin. Maka, pada malam pertam, beliau mengintai wajah suaminya dengan mengangkat sedikit khemah. Kelihatan suaminya bersama beberapa pemuda. dalam keadaan mereka, diapati Tsabit paling jitam kulitnya, paling pendek ketinggiannya , dan paling buruk wajahnya..ketika ditanya oleh Rasulallah s.a.w tentang perbuatannya, isteri Tsabit berterus terang tentang fizikal Tsabit yang tidak disukai. lalu dia menjawab.." wahai Rasulullah, aku tidak mempersoalkan akhlak dan agamanya kerana dia memiliki akhlak dan agama yang baik, tapi aku takut menjadi kufur,"..Lalu Rasulullah s.a.w meminta Tsabit bin Qais menceraikan isterinya dengan talak satu.."(Hadis Riwayat Bukhari)
Ingatlah bahawa manusia bukannya Malaikat kerana kita mempunyai banyak kelemahan dan kekhilafan...Cuba betolkan definisi cinta! kerana Cinta yang suci adalah fitrah! Yang membawa kita kepada si dia untuk dekatkan diri dengan Allah S.W.T...insya'ALLAH