let's wish everyone with..

Saturday, August 13, 2011


Kekadang dunia tidak seindah apa yang kita sangka..kita akan menangis bila kita menerima dugaan yang amat2 berat..di saat itu, Allah ingin melihat sejauh mana keimanan dan cintanya kita kepadaNYA..realiti hidup, dunia ini diibaratkan pentas yang luas untuk manusia berlakon dengan pelbagai rentak dan watak…ada yang baik, ada yang jahat, ada yang suka mengambil kesempatan, ada yang selfish dan ada juga yang hipokrit…

Mungkin di mata manusia sekarang hanya mampu melihat dunia yang realiti dan tidak mampu memikirkan dunia yang KEKAL iaitu akhirat….kekadang ku terfikir, kenapa kita mudah menangis jika kita tidak dapat apa yang kita hajatkan di dunia, tetapi kita tidak pula menangis pabila kita mungkin tidak akan dapat apa yang kita hajatkan nanti di akhirat iaitu SYURGA.. sesungguhnya balasan di akhirat itu pasti…

Tahukah kita..betapa kerdilnya kita jika dibandingkan dengan ciptaan Allah yang lain..kekadang ku terfikir , ketika saat di dalam rumah yang kita rasa paling selamat untuk tinggal, mungkin kah kita kan betul2 selamat??? Mestilah tidak kn? Macam2 boleh berlaku…saat yang kita akan rasa paling selamat ialah apabila sentiasa dekat dengan ALLAH..jika di saat kita kembali kepadaNYA, kita mungkin akan rasa bersedia untuk berjumpa denganNYA..sesungguhnya kematian itu pasti…

Mungkin indah di kala kita mencintai seseorang yang bergelar manusia..cinta itu fitrah bg setiap manusia..kekadang kita perlu melepaskan seseorang yang kita rasa kita mencintainya..mungkin itu bukan jodoh kita..sesungguhnya jika kita mencintai manusia, kita akan mendapat cinta manusia..tetapi jika kita mencintai ALLAH, kita akan mendapat cinta ALLAH, dan cinta manusia yang mencintai ALLAH..insya’allah….

eppy ramadhan..=D

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN....datang lagi


Alhamdulillah, Allah masih memeberi ku peluang untuk bersama Ramadhan. Allah masih memberi ku peluang meminjam nafas untuk beramal kepadaNYA..semoga Ramadhan kali ini dapat ku manfaatnya dengan sebaik mungkin..insya’Allah…

Saturday, July 2, 2011

Just Forget It..


Sometimes we have to sacrifices for others happiness and try to make someone that you love to smile....even it's really hard and quite impossible for me, I’ll try my best afford for it….. ALLAH KNOWS BETTER THAN ME! And I’ll try to accept anything that ALLAH  decide for my life...KALAU KITA KECEWA DENGAN TAKDIR,MAKA KITA AKAN KECEWA DENGAN ALLAH…"

Monday, May 23, 2011

Carilah Hatimu!!

Pesan Imam Ghazali:


"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya. Ingat wahai diri, janji kesibokan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada penghujung, kejemuan yang senentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu-pemburu dunia yang bagaikan anjing rakus memburu bangkai. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Sebaik-baik perlindungan adalah Al Quran. Mereka yang begini sahaja mampu 'menukar' bangkai dunia menjadi baja dalam kehidupan.

Usah Berputus-asa dengan ujian..=)


Mungkin pernah ada orang mengatakan “bestnya hidup kalau x ada masalah!!”..Ya, mungkin bagi kita, jika tiada masalah, x perlu kita berasa resah+sedih+berduka dan mungkin tension with that problems..tapi, sedarlah kita, jika hidup tiada dugaan dengan ditangani pelbagai masalah, mungkin kita akan hanyut dengan kegembiraan dunia..kita tidak akan sedar akan apa kelemahan kita, kesilapan kita , kesedaran berfikir dan juga sebagai pengajaran sebagai makhluk Allah yang khilaf….mungkin kita akan menangis smpai terduduk kerana tidak tahan akan tohmahan dunia, tp sedarlah, itu bermakan kita sedang diuji dengan ujian yang amat berat…

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Sem Baru Bermula..=D

Assalamualaikum,salam ukhwah untuk semua yang membaca…

Alhamdulillah, selepas bergelumang dan berperang dengan Exam Papers dan menempuh pelbagai ragam di rumah, akhirnya, kembali jua ke UTP yang di mana mengajarku dengan pelbagai bentuk ilmu dunia dan jugak bekalan ke akhirat.Thank You Ya Allah, kerna masih memberi peluang untukku meminjam setiap nafas dan degupan jantung untukku terus mengabdikan diri ku kepadaMu…selagi ku masih hidup, insya,Allah, akan ku betulkan yang mana silap dan mengubah yang mana perlu…

Alhamdulillah, hari ni, bermulalah detikku untuk 2nd Year 1st semester student..sem ni agak susah ckit subject yang akan ku tempuhi..semoga Allah permudahkan segala urusan, amin…hmm..tp agak kurang best nya, ramai lak lectures dr India yang ajar,,hadoii, kne la ku lebihkan focus dalam kelas..seperti biasa, AZAM SEM NI “ X NAK terTIDO dalam KELAS”(haha, tiap2 sem azam cmni, tp tdo jgak)…huhu…=D..,

Semakin lama, semakin tua lak rasanya bila dh masuk sem baru…masa semakin hari berlalu dengan pantas dan cepat..pejam celik dah masuk 2nd Year..next year dah internship..semakin hari semakin risau memikirkan masa depan yang agak samar2..harap2, Allah memberi yang terbaik untukku dan memberi kekuatan akan ujianNya..insya’Allah..Amin..=)

Thursday, April 7, 2011

Indahnya Memori Itu..=D


Alhamdulillah, baru saje abis kem p
emantapan jati diri(survival laut)
selama 3 hari 2 malam ni Pulau Bidong, Terengganu…memori yang sangat2 best dan pasti tidak akan ku lupakan trutama sekali YATT(Hidayati) yang selalu bersama ku sepanjang kem tu…indahhnya ukhwah sehingga agak sedih untuk berpisah dengan die..huhu..insya’allah, t kita jumpa lagi ek kalau de rezeki dan selagi umur kita diizinkan olehNYA…


Perjalanan kem yang sangat best!!! X pernah lagi dalam hidupku, berenang di tengah2 laut dalam, melihat dasar laut yang REALL!! Selama ni just tengok dalam tv jek…sungguh indah alam ini Ya Allah…paling x leh lupa, kami x leh mandi dengan sabun, cuci muka pon x leh…sbb nk menjaga kebersihan pantai n coral yang ada dalam laut..walaupun agak x selesa, tp Alhamdulillah kami masih boleh survive…

NICE!!!

Walaupun kesihatan badan agak x mengizinkan, tp ku dapat gak habiskan semua aktiviti survival laut tu…alhamdulillah…paling x leh lupa, kami terpaksa berkayak dr satu pulau ke pulau yang lain..memang x sangka ku dapat duduk di tengah2 laut yang dalam dan berkayak…tapi de gak pengalaman yang sedih..orang lain sume dapat ikan dalam aktiviti memancing kt tengah2 laut, tapi ku x tahan mabuk mse kt dalam bot tu, the

n terus muntah dalam laut…abis kuar nasi lemak yang breakfast tu…huhuhu….x pe..at least, malam tu dapat gak makan ikan bakar yang kami semua pancing…wee~~

Walaupun ku memang x reti berenang, at least ku dapat gak biasakan diri ngn laut..telan air masin..air masin masuk idung, mandi ngn air de anak berudu..kne angkut air g toilet, tdo dalam khemah ngn kak ira and iqa…amik gambar kt tepi pantai ramai2…tengok bintang ngn Yatt(miss u)..amik gmbar ngn Yatt..belakon ngn Yatt…tido atas pasir pantai…huhu..memang x leh lupakan…=)…

Baru ku tahu, betapa indahnya ciptaanMu Ya Allah..sungguh besar kebesaranMU…selama ini ku hanya terbayangkan keindahan dan kebesaranmy hanya di daratan sahaja, tapi di lautan masih byak lagi keindahan dan kebesaran ciptaanMU yang belum sempat untu ku terokai..alhamdulillah..sekurang-kurangkan aku telah mengetahui sedikit keindahan itu….=)..