let's wish everyone with..

Saturday, October 8, 2011

Kehidupan dan Cinta


Suatu ketika, bila kita sudah melangkah umur yang lagi matang, pasti akan terfikir ke mana hala tuju kita ,..ingin berfikir erti kehidupan sebenarnya...tipulah kalau seorang perempuan memang x pernah sukakan seseorang. Perempuan memang telah dilahirkan untuk berhati lembut, cepat jatuh cinta..sangat bahaya!

Kekadang perasaan resah, gelisah, semuanya bergaul dalam diri..seolah menafikan sesuatu perasaan suka tersebut..kekadang takot, bila perasaan suka/minat itu timbul akan membuatkan diri ini amat jauh dr Allah..SELAGI TIADA YANG SOHIH JANGAN ROSAKKAN HATI KITA...

Rencana Allah itu indah..kita tidak tahu sedangkan Allah sudah menjanjikan yg terbaik untuk kita..semoga pilihan kita nanti di bawah bimbinganNYA.selalu kita inginkan sesuatu untuk memenuhi kehendak kita, tapi kita sering lupa, Allah tidak akan berikan setiap apa yang kita mahu, tapi Dia berikan apa yang kita perlu..insya’allah...

“Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah. Bertemu yang sooleh, belum tentu kekal, mungkin boleh merubah solehnya, kerana si soleh adalah insan biasa”


money..money..

Alhamdulillah, di saat ini, ku masih boleh merasa nikmat Allah, diberi peluang untuk menjalani perjalanan yang mungkin akan berakhir tidak lama lagi, ataupun sekejap lg..alhamdulillah Ya Allah, di saat ku kesedihan atau kegembiraan, Kau sentiasa tempat untuk ku mengadu, meluahkan sesuatu yang hanya Kau yang memahami...

Pagi tadi sempat ku menemani ibuku ke medical checkup..dlm perbualan tu mereka bertanya pasal pendapatan keluarga..aku amat hairan kenapa manusia skrg menganggap duit adalah segala-galanya bg mereka.. “boleh ke akak hidup kalau duit sebanyak tu?” ayat yg aku masih ingat..hmm..duit adalah segala-gala ke?? ? pandangan org berbeza2..ada yang sanggup abaikan tanggungjawab kepada Allah semata2 mengejar kekayaan..

DUIT! Bukannya boleh kita bawa kpd kematian dan jngn pula kita menganggap duit tu tidak penting.. Duit/Wang memanglah penting tp bukan segala-galanya untuk hidup..hidup ini jangnlah kita terlalu taksub mengejar kemewahan smpai snggup berebut2 harta/keuntungan/...tp hiduplah dengan selesa dengan berpada2 mengejar kemewahan...

Kekadangn kita lupa yang Allah yang memberi kita rezeki...kekayaan tidak boleh untuk membeli tempat di syurga kelak..insya’allah, apa2 yang terjadi, Allah kn ada..=)

bag of money

Monday, October 3, 2011

Percaya PadaNYA

Kuatkan hatimu..andaikata itu yang dijanjikan Allah, terimalah dengan penuh kesabaran..Allah tidak pernah berlaku kejam kpd makhlukNya bahkan Dia Maha Adil dan Maha Mengetahui....walaupun ianya pahit untuk dirasa, ingatlah apa yg akan mendatang mungkin lg pahit terasa..=(

Rasulullah SAW pernah menasihati puteri tercintanya :

“Anakku, dunia ini adalah ladang untuk beramal. Dan hidup di dunia ini bererti bekerja. Maka penuhilah kewajibanmu sebaik-baiknya. Jika kamu merasa penat dan letih, dan merasakan kewajibanmu begitu sangat berat, berdoalah kepada Allah, niscaya Allah akan memberikan kekuatan kepadamu....”

Tuesday, September 6, 2011

bercelaru~

Alhamdulillah…masih berpeluang untuk update blog tercinta ni…even skrg duk busy dengan final exam, tp hati still lagi duk bercelaru..x tau nk cerita..mungkin Allah menarik sesuatu kegembiraan dengan memberi kesedihan sbb DIA ingin memberi yang lebih GEMBIRA…

Alhamdulillah, td dh selesai jawab paper CM..huhu..sakit tengkuk duk menjawab..semoga Allah memberi kpd ku keputusan yang baik…skrg hati amat bercelaru….tipu la klu aku katakan klu sedih kita masih boleh nampak mcm biasa..tp seriously rasa mcm sedih sngat tengok BENDA tu..YA Allah..andai itu takdirku, izinkan aku melupakan walaupun sejenak…ni, asyik duk ingat benda yg sama je..

Bunga yang mekar akhirnya akan layu dan mati..tubuh kita yang sihat tidak mustahil untuk kita sakit….ni kan pula hati, x mustahil untuk melupakan semuanya…walaupun pahit terpendam, pasti akan lupa akhirnya…..

Wednesday, August 17, 2011

Ya Allah, ujian itu milikMU


Dalam bilik Ustaz Pisol

Ustaz: awak hafal x ni? Kenapa bnyak sngat x leh jawab?

Aku: emm..saya hafap ustaz, tp de kekeliruan je..

Ustaz: bnyak sngat ni x betol..exam dh dekat dah..org lain semua bole jawab..x hafal ni..

Aku: (terkebil2..dalam hati hanya Allah yang tahu betapa sedihnya)

Ustaz: klu awak hafal, mesti bole jawab..cmne nk jawab final exam ni..fiil entah ke mana..salah awak ni, sbb awak x study betol2..

Aku: (terpaksa mengukir senyuman walaupun dengan hati yg sebak)..saya try ustaz..sy try study lg..

After keluar bilik ustaz, aku dh x leh nk kata apa2..telinga n mulut terkunci menahan sedih..memang betul kata ustaz..aku x study betol2..

Banyak sangat dugaan untuk sem ni..sampai x tahu nk kata apa..tersangat RISAU+SEDIH+STRESS dengan result untuk sem ni..dengan subject CM yang down sngat2 courswork nya, then ARAB lagi..hmmm..kekadang otak dh tau x nk berfikir mcm mana..sempat lg kah untuk mengubah segalanya b4 final exam ni???? Ya Allah, mungkinkah ini dugaanMU Ya Allah..

Tersangat2 down bila fikir result yang bakal ku dapat nanti..emm, sepatotnya aku tidak bole mengeluh..tp entahla, kekadang aku rasa sangat stress dan mungkin satu masa, akan GIVE UP..Ya Allah, berikanlah aku kekuatan..kekuatan untuk menghadapi segalanya…

Pejamkan mata, istighfar….

********************************

Saturday, August 13, 2011


Kekadang dunia tidak seindah apa yang kita sangka..kita akan menangis bila kita menerima dugaan yang amat2 berat..di saat itu, Allah ingin melihat sejauh mana keimanan dan cintanya kita kepadaNYA..realiti hidup, dunia ini diibaratkan pentas yang luas untuk manusia berlakon dengan pelbagai rentak dan watak…ada yang baik, ada yang jahat, ada yang suka mengambil kesempatan, ada yang selfish dan ada juga yang hipokrit…

Mungkin di mata manusia sekarang hanya mampu melihat dunia yang realiti dan tidak mampu memikirkan dunia yang KEKAL iaitu akhirat….kekadang ku terfikir, kenapa kita mudah menangis jika kita tidak dapat apa yang kita hajatkan di dunia, tetapi kita tidak pula menangis pabila kita mungkin tidak akan dapat apa yang kita hajatkan nanti di akhirat iaitu SYURGA.. sesungguhnya balasan di akhirat itu pasti…

Tahukah kita..betapa kerdilnya kita jika dibandingkan dengan ciptaan Allah yang lain..kekadang ku terfikir , ketika saat di dalam rumah yang kita rasa paling selamat untuk tinggal, mungkin kah kita kan betul2 selamat??? Mestilah tidak kn? Macam2 boleh berlaku…saat yang kita akan rasa paling selamat ialah apabila sentiasa dekat dengan ALLAH..jika di saat kita kembali kepadaNYA, kita mungkin akan rasa bersedia untuk berjumpa denganNYA..sesungguhnya kematian itu pasti…

Mungkin indah di kala kita mencintai seseorang yang bergelar manusia..cinta itu fitrah bg setiap manusia..kekadang kita perlu melepaskan seseorang yang kita rasa kita mencintainya..mungkin itu bukan jodoh kita..sesungguhnya jika kita mencintai manusia, kita akan mendapat cinta manusia..tetapi jika kita mencintai ALLAH, kita akan mendapat cinta ALLAH, dan cinta manusia yang mencintai ALLAH..insya’allah….

eppy ramadhan..=D

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN....datang lagi


Alhamdulillah, Allah masih memeberi ku peluang untuk bersama Ramadhan. Allah masih memberi ku peluang meminjam nafas untuk beramal kepadaNYA..semoga Ramadhan kali ini dapat ku manfaatnya dengan sebaik mungkin..insya’Allah…