let's wish everyone with..

Tuesday, October 23, 2012

Perjalanan hidup~

Setiap orang dikurniakan perjalanan hidup yang berbeza. Kehidupan kadangkala indah dan kadangkala amat melalaikan dan kadangkala juga amat menyakitkan. Itulah rentak kehidupan..tiada yang sentiasa manis dan tiada yang sentiasa pahit.. Perjalanan hidup jugak berbeza..ada yang hanya sekejap mengenal dunia, ada yang lama tempohnya dia mengenal dunia dan ada juga yang tidak pernah kenal dunia..

Bagi insan yang diberi peluang mengenal dunia, seperti aku yang masih belom tahu bila tarikh tamat tempoh perjalanan aku di dunia ini.. dan andaikata esok adalah tarikhnya, sudah bersediakah untuk bekalan untuk perjalanan seterusnya?..kadangkala bila aku ceria, aku selalu memikirnya, sampai bila Allah memberi aku senyuman yang indah ini...dan bila aku menerima musibah, akan aku berfikir, sampai bila air mata terus mengalir..itulah kehidupan..indah dan pahit selalu silih berganti mengambil tempat masing-masing di hati setiap manusia..


Allah mungkin pertemukan kita dengan ramai manusia untuk kita belajar erti hidup sebenar. Dia pertemukan kita dengan seseorang yang baik, untuk kita belajar daripadanya dang mungkin dia pertemukan kita dengan orang yang menyakiti kita untuk kita belajar bersabar..belajar menerima keburukan orang lain..Indahkan rentak kehidupan? Pertemuan, perpisahan, ajal, jodoh, rezeki itu RAHSIA Allah..tiada siapa yang akan tahu melainkan dia mengalaminya...kita akan bertemu dengan seseorang yang kita rasa baik untuk kita tetapi setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan melainkan di syurga, Insya'ALLAH...

Andaikata orang yang Allah pertemukan itu menyakitkan, Dia pasti memberi kita ubatnya...Allah tidak pernah membebankan hati makhluknya, melainkan dengan kemampuan kita...Aku tahu, Allah sentiasa bersama..mendengar setiap doa dan membantu dikala aku perlukan. YAKIN dan PERCAYA pertolongan Allah itu ada..INSYA,ALLAH...:-)

Thursday, September 13, 2012

"IMAN" bukan sekadar Percaya, tapi YAKIN!

Assalamualaikum kepada yang sudi membaca blog yang serba kekurangan ini..dah lama x update blog sbb nak tumpukan kerja2 yang lagi utama..biasala DUNIA, makin kita mengejar, makin itulah kesibukan akan menghampiri..hurm, bercakap mengenai dunia, mesti banyak masalah yang mungkin membuka mata hati kita untuk TERJAH! (mcm melodi plak!) hehe...

Sejak kebelakangan ni, selalu x kita dengar lagu2 Korea atau yg paling HOT sekarang ni, OPPA GANGNAM STYLE! pernah x kita dengar lagu2 ni dekat radio?internet?facebook?..mesti pernah kan? x pon kita x tahu nama lagu tu, tp saya yakin, most of us already heard about this song.. disebabkan hati yang ingin tahu sangat2, terus ke laman web youtube dan ingin meneliti style apa yg sampai jutaan orang view video ni....

Bila tengok, hurm, memang x sangka la taste dunia zaman skrg, style macam ni pon dikira suka2 atau lain kata, terlampau teruk...mungkin dah x ada hiburan yg lebih sopan kot sampai hiburan yg melampau ni dikira biasa..memang BERUNTUNG kepada sesiapa yang masih boleh bertahan atau masih boleh menjauhkan diri dari hiburan yang boleh dikatan melampau pada zaman sekarang...agak susah untuk menilai keimanan seseorang sbb iman itu ada turun dan naiknya..jika hati tidak selalu dipupuk atau ditarbiyah atau dibersihkan, mungkin iman kita akan menurun dan seterusnya tiada perbezaan kita dengan orang biasa (yang tidak menjaga iman dan hati)...

Sbb itu, "IMAN" bukan sekadar percaya, tapi YAKIN! kalau kita sekadar percaya dengan IMAN, mungkin kita tidak yakin dengan Kekuasaan Allah untuk melindungi kita... Keyakinan itu penting, sbb dengan keyakinan, kita akan lebih bersungguh2 beribadat dan bertawakal kepadaNYA..sesungguhnya IMAN itu adalah senjata syaitan.. dengan adanya KEIMANAN yang tinggi, Insya'ALLAH pertolongan Allah itu dekat walaupun seribu rintangan ALLAH menguji kita..ujian yang diberikan itu sebagai perisai untuk kita terus bertahan dan berlindung kepadaNYA..insya'ALLAH...


" Sesungguhnya menanglah orang-orang yang beriman. Yang kusyu' dalam solatnya. Dan (iaitu) orang-orang yang menjauhkan diri daripada benda lagho (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia (tidak berfaedah) " an-Nur (2-3)

Tuesday, May 15, 2012

hidup~

“.....Hidup ini diibaratkan kupu-kupu, makin kita mengejarnya, makin ia menghindar. Tetapi bila kita biarkan ia TERBANG, ia akan menghampiri di saat kita tidak MENDUGANYA....”


Aku tahu, aku bukanlah seorang hamba yang teguh imannya di hati..aku cuma seorang hamba yang kadang-kala jatuhnya tidak diingini, mudah terpedaya degan karenah dunia...menginginkan selalu dilindungi rahmat Illahi..kerana aku tahu, rencana Allah adalah sebaik-baik ketepatan buat diri...


“ Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah Dialah yang Maha Kaya, Maha Terpuji. Jika Dia mengkehendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru untuk menggantikan kamu. Dan yang demikian itu, tidaklah sulit baginya..” (35:15-17)












Monday, January 9, 2012

i'm getting older..sweet 21 :-D



Pada usia kamu yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki ajnabi,
Kamu masih bersendiri meraikan hari jadi…

Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..

Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata – kata “i love you” , tanpa coklat, tanpa patung beruang.

Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman – teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.

Saat teman – teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.
Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.
Selamat hari lahir.


Saturday, December 31, 2011

Jam Locengku.. :-D

alhamdulillah, esok berakhirlah tahun 2011 dan bermulalah detik 2012..semoga hari2 mendatang akan ditempuh dengan baik, insyaAllah...

bila mata kuyu, tetiba teringat gelagat msa kecik2 dulu..masa tu skolah rendah lagi..apa x nya, kalau pegi kedai/pasar malam, mesti suruh ma belikan jam loceng..kataku kalau ad jam loceng boleh la bangun awal, x yah duk suruh ma/ ayah kejut2 dh..haha..




dulu masa tu,susah sangat nk tido dlm bilik..yela, sorg2 lak tu..pahtu bawak la bantal satu, selimut semua dan haaaa paling x lupa, jam loceng tido kt luar smbil tengok tv..mesti/ WAJIB bawak jam loceng tu ke mana2 tempat nk tido..tp masalahnya, ma still duk kejut sbb jam je bunyi, tuan jam tido mati.. :-p

pahtu satu hari, masa nk g tido kt luar, jam loceng tu terjatuh..dh la jam tu baru beli kt MYDIN..ingat lg harga dia RM4.90..jam tu best! ad lampu, pahtu bunyi dia boleh pilih nk bunyi mcm mana..huhu..sedih sngat2..pahtu ma beli jam yg baru tp x sama dh yg mcm tu..sbb harga kt luar jam loceng tu mahal..
:-( rindu JAM LOCENG tu..

Thursday, December 22, 2011



Sabda Rasulallah....
"Barangsiapa memiliki 3 sifat ini, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya. Mencintai seseorang hanya kerana Allah dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabila dilemparkan ke dalam neraka.”


Dari Anas ra. Dari Nabi SAW, beliau bersabda;
“Tidak sempurna uman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri..”(al-bukhari 13.Muslim 45)

Cuba Fahamkan!!


Sejelasnya, cinta ialah tautan dari hati ke hati dan bukanla seprti yang diagung-agungkan barat yang memanipulasi CINTA dengan CONTACT badani iaitu PERGAULAN BEBAS...Ingatlah, “cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenanrnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan”(Al-Farabi)

Peraturan Cinta!!

Menurut buku karya USTAZ PAHROL MOHD JUOI iaitu “TENTANG CINTA” terdapat 2 peraturan untuk melayakkan seseorang itu bercinta...
1) Hendaklah cinta kita itu didasarkan pada Allah
2) Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ad hokum Allah yg dilanggar

“TIDAK PAYAH BERSENTUHAN TANGAN KERANA MEREKA SUDAH BERSENTUHAN HATI. TIDAK PAYAH BERBALAS KERLINGAN MATA KERANA MEREKA SUDAH PON BERBALAS-BALAS DOA”
Insya’ALLAH...

IbU..



THANKS 4 EVERYTHINGS, Mum~ :-D