Ya ALLah
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu
Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu
Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu
Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu
Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu
Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu
Amin...
Tuesday, November 30, 2010
Jika Aku Jatuh Cinta...
Hidup Bertuhankn Allah..
Kehidupan merupakan satu jalan yang sering ketemu dengan pilihan……..
Kebanyakan pilihan melahirkan perasaan buntu, resah , gelisah, tidak tahu yang manakah arah yang ingin dipilih……….
Ketika kecil, tiada sangat yang menjadi masalah, kerana kepelbagaian perkara dibantu oleh ayah dan ibu……..
Semakin hari, umur semakin dewasa. Kebergantungan terhadap ayah dan ibu semakin dikurangkan……
Sedar tidak sedar, pengurangan terhadap kebergantungan kepada ayah dan ibu itu tidak disusuli dengan penggantian tempat merujuk yang sepatutnya…..
Hasilnya, keputusan yang diambil semakin meresahkan jiwa, menggelisahkan hati, menambah kecelaruan akal……
Segala-galanya kerana salah membuat pilihan disebabkan salah mencari tempat bergantung mahupun tempat mengadu…….
Sifat naluri manusia yang sentiasa perlukan tempat bergantung merupakan fitrah yang dijadikan Allah untuk diri manusia itu sendiri.
Dengan sifat ini, ianya akan membuatkan manusia itu sendiri berfikir dan berusaha mencari siapakah yang lebih layak baginya untuk dirujuk.
Kesedaran yang timbul dari perasaan bahawa tidak selamanya diri akan kuat, membuatkan jiwa-jiwa ini mencari satu tempat yang kukuh untuknya berpaut.
Allah, menceritakan tentang diriNYA :
”Katakanlah Dialah Allah yang Maha Esa (1)
Allah yang padaNYA segala sesuatu bergantung (2)
Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan (3)
Di dalam solatlah tempat mengadu paling baik.
DI dalam solat juga, pelbagai doa yang Allah telah letakkan.
Al-fatihah (pembukaan) sendiri mempunyai doa yang tersendiri.
Doa yang membuka kelapangan hati, ketenangan jiwa, kemantapan akal , kelancaran lisan.
Penyerahan diri kita hanya pada Allah terletak di dalam solat.