let's wish everyone with..

Monday, February 14, 2011

Dia Pernah Mencintaimu

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.

Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…

Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?

Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?

Hati kecil itu tidak mampu berbohong.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

Sebuah Pertanyaan Cinta....

Cinta..sering dilafazkan oleh setiap manusia yang mempunyai hati dan perasaan…sampai ada yang sanggup berkorban apa sahaja untuk cinta…cinta boleh menyebabkan diri jadi tidak menentu kalau salah dipergunakan…ya…memang! Semua orang x boleh lari dr melafazkan perkataan cinta…dan ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat cinta itu….apa itu cinta sebenarnya???

Adakahlah Allah sengaja memberikan kita cinta untuk kita lalai?

Atau untuk kita senang melakukan maksiat??

Adakah untuk kita rase sedih andai kata cinta itu putus???

Atau sengaja untuk membinasakan kita dengan perkataan cinta???

Atau untuk kita senang menjadi seorang pembunuh secara senyap2???

Jd apakah cinta sebenarnya????

Sedarlah kita bahawa, cinta yang utama yang kita perlu ada iaitu Cinta Buat Allah…Cinta Allah bukan untuk maksiat…cinta Allah, kekal dan x akan putus selama-lamanya..cinta Allah menyelamatkan kita dr segala-galanya…dan cinta Allah, boleh mendidik jiwa kita…….kita sering menggunakan cinta kita hanya untuk manusia..mungkin, disebabkan kita x nampak cinta Allah dan rasul…sedarlah kita bahawa Selangkah kita berjalan menuju Allah, seribu langkah Allah 'berlari'mendapatkan kita,…sama juga seperti rasullah s.a.w yang amat mencintai kita sebagai umatnya….mungkin kita hanya tau hari maulidur rasul, tp tidak tahu betapa kasihnya baginda terhadap kita…

Bagiku, andaikata ku mencintai seseorang, biarlah seseorang itu mencintai Allah keseluruhannya…mengutamakan cinta Allah dalam segala-galanya…seseorang yang boleh memimpinku, memberi aku peluang untuk mendekatkn diri kepadaNYA…amin..walaupon kekadang hati ku agak lemah..aku seperti manusia lain yang mempunyai perasaan kasih dan sayang…tapi aku memohon agar aku dpt berlindung denganMu Ya Allah..labuhkanla cinta ku dengan seseorang yang sangat mencintaiMU Ya Allah….amin…SALAM MAULIDURASUL….=)

Tuesday, February 1, 2011

Muhasabah untukku.....

Wah…best la lagi “Cinta Abadi”….even kumpulan ni x de la femes, tp lirik lagu ni menusuk kalbu…best sngat2 kalau betol2 menghayati….cewah..hehe…sambil mendengar lunakan lagu ni, tetiba hati cuba muhasabah diri..layakkah aku untuk mendapatkan Cinta Allah yang sesungguhnya, hanya Dia bersamaku ketika ku gembira mahupun ku sedih…..kekadang, ku menangis memikirkan akan dosa2 yang ku lakukan dalam doaku selepas solat…masih bnyak yg perlu ku berubah….

Sejak kebelakangan ni, ku asyik terfikir…kerdilnya manusia..sngat2 kerdil klu nk dibandingkan dengan kejadian Allah…cuba kita bayangkan, lautan dan daratan..andaikata Bumi ini bergolak dengan kekuasaan Allah …sudah tentu lautan yg luas tu boleh menenggelamkan daratan yg begitu kecik…dan pd mse itu, kita diibaratkan debu2 yang x de gunannya berterbangan..…jadi, jangan la kita mengaggap diri kita begitu kuat dan megah dengan kekuasaan Allah…..

Namun, kita masih alpa…masih enggan sujud kepadanya…memikirkan pergolakan di MESIR, masih ada yang tidak sedar akan dunia sekarang..yang menghampiri kehancuran…manusia makin berani menakluki dunia…menunjukkan kekuasaan masing2…tanpa rasa belas kasihan sesamam manusia..sentiasa mencari helah untuk Berjaya..menindas yang lemah….tapi, kita masih tidak sedar akan betapa singkatnya hidup kita…dan dengan masa yg ada ni, CUKUPKAH IBADAT KITA KEPADA ALLAH????

Ya Allah, sesungguhnya, matikanlah aku dalam iman dan tempatkanlah ku di kalangan yg beriman……..itu niat hati ku…even, ku masih lagi lemah..mencari2 identiti sebenar dalam islam..masih bnyak perlu dipelajari…hati masih tertanya2..masih wujudkah seseorang yang boleh memimpinku ke jalan yang diredhai Allah???izinkan ku bertemu dengan seseorang yang boleh mengimamkan ku dalam setiap solat fardhu…amin… J