let's wish everyone with..

Thursday, December 30, 2010

......luahan seorang hamba Allah..

Adakalanya manusia ini terkadang melupakan siapa yg berkuasa,siapa Khaliqnya..demi mngejar kesempurnaan dunia serta kemasyhuran,agama yang mnjadi pegangan di korbankan,kerna menuruti kata-kata org yg turut mnjadi korban Neraka,,sayang skali akan segala amal ibadah yg buat brtungkus-lumus selama ini,dek kerna satu kpercayaaan,musnah semua amalnya itu di sisi Allah..

Lupakah kalian pada ayat Al Baqarah:117,..sgala yg trjadi & akn jadi semuanya hak mutlak Allah..jka DIA brkata "Jadilah"...mka jdilah ia...

Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan baginya surga dan tempatnya ialah neraka.” (Al Maidah: 72)....

sudah terang lagi bersuluh bahkan cuba menegakkan benang yg basah,.jawab pertanyaan ku ini... ayat siapakah yg lbh besar???perintah siapakah yg perlu kita utamakan untuk dipatuhi,,Allah atau manusia?????jwb dengan akal yg sedar jka kamu adalah org-orang yang mengambil iktibar atas kejadian siang dan malam…..

Bahkan tahu akn dosa mensyirikkan Allah itu adalah teramat BESAR,,namun mengapa kita bersikap memilih dalam mngamalkan ajaranNYA???adakah dengan sewenang-wenangNYA 'kalian' boleh memilih utk mngikut perintah yang dirasakan mahu,menolak printah yang kalian rasakan bertentangan dengan fahaman materialisma yg menebal dlm dri???tidak semudah itu kerna Allah telah berfirman,Al Baqarah : 208,,msuklah kamu ke dalam ISLAM SELURUHNYA....

Amat sedih bila melihatkan gelagat manusia yg sombong dan angkuh seperti yang trcatat dalam Quran Al-Karim yakni apabila inginkan kesenangan dalam sesuatu perkara,lain pula 'tuhannya',,jika di timpa musibah tahu pula kembali kepadaNYA,ALLAH AZZA WAJALLA..

Walaupun sedetik atau sehari sahaja niat kita untuk melakukan perkara syirik,,namun seksaan Neraka dan azab Allah tidak pernah mengenal erti sesaat..takala dirimu di azab dengan seksaan yang pedih, barulah akan teringat akan dikau dengan jawapan yang keluar dari mulutmu > " ala,,,xpe..jap je utk 1 hari 2...juz nk make sure x de ppe yg boleh mnggu perjalanan mjlis ni.." tapi di saat itu,tersedar engkau bahwa seksaan azab ALLAH tidak pernah mengenal sesiapa,tidak pernah mengira sehari dua bahkn azabnya berterusan .....yang mnyampaikan perkara syirik,yang mmpercayai bahkan yg mlakukanya TIDAK AKAN TERLEPAS SAMA SEKALI dari pndang Allah untuk diazab kelak...

Jika ada diantara kalian yg mengetahui akan ayat ALLAH,,sampaiknlah kepada mereka kerna bala dari ALLAH tidak mengenal sesiapa..bahkan yang mngetahui ayat ALLAH itu akan diminta di pertanggungjawabkn dan disoal kerna tidak mndidik dan mnyampaikan kepada mereka ayat-ayat ALLAH dengan sempurna dan berkesan...

Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (An Nisaa: 116)

“bersabarlah..sesungguhnya kerja-kerja dakwah amat memerlukan ketabahan..memng susah untuk mengubah kefahaman seseorang lebih-lebih lagi yang cetek pengetahuan akan kuasa-kuasa Allah Yang Maha Besar…mulakan dari bawah dalam melaksanankan tanggungjawab kita sebagai Da’ie…Allah sentiasa bersamamu…jika selagi kamu di pihak yang benar, Allah sentiasa menolongmu…selangkah kita merenung detik perjuangan Rasulallah (s.a.w) yang menempuh banyak onak dan duri semata-mata untuk mengubah kepercayaan manusia kearah mentauhidkan Allah…Jadi, kuatkan semangat dan cekalkan hati..”

Saturday, December 25, 2010

Coretan ikhlas dari...


Aku hanya insan biasa,faqir lagi haqir di dunia ini..,andai dihitung dosa2-dosa hambaNYA aku khuatiri akulah manusia yang terlalu kurang pahala amalnya tetapi berat dengan lumpuran dosa-dosa....keperibadianku tidak seindah Muhammad, namun akn ku teladani Baginda seluruhnya…

Tuesday, December 21, 2010

MaTiKu..

Hampir 19 tahun 11 bulan aku hidup....

Hidupku semakin hari kian singkat....

Adakah cukup bekalanku untuk bertemu denganMU Ya Allah??

Banyak dosaku denganMu..

Aku alpa tangunggjawabku sebagai seorang hamba...

Masih bnyak amalanku yang belum Kau terima...

dan masih banyak aku berhutang denganMU...

Tapi, semakin lama aku bernafas,

Semakin dekat untukku betemu denganMU...

Aku tahu, kematian bagiku kian pasti...

Kian hampir dan Engkau tidak akan melengahkannya walaupun sesaat...

Dan aku tau, suatu hari nanti..

Akan gugur daun dari pokok di ArashMu...

Aku ingin bertemu denganMu Ya RAbb..

Tetapi bukan dalam keadaan sekarang,..

Aku ingin bertemu dengan Mu...

Dengan hati yang penuh ketakwaan dan keredhaanMu...

Amin..

.

Saturday, December 11, 2010

Itu Lelaki Idaman......


Seorang lelaki yang aku idamkan ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…

Biarlah dia seorang yang buta..

Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha..

Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi..

Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah..

Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya..

Biarlah dia seorang bisu..

Bisu., Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan..

Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran..

Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran..

Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan..

Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran..

Asalkan dia petah membangkang kemungkaran..

Dan lantang menyuarakan kebenaran..

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil..

Bakhil.., Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya..

Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya..

Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya...

Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya..

Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya...

Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran...

Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya..

Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH..Kembali megah di muka bumi.. Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa..

Papa., Papa dalam melakukan perkara maksiat..

Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah...

Papa memiliki akhlak mazmumah...

Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan...

Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia...

Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya...

Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri...

Dia mahu menjadi seorang syuhada Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...Masih adakah lelaki idaman itu??

Tuesday, December 7, 2010

Kenapa kita membaca Al-Quran walaupun tidak memahami??


Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya.Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”


Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya. “Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal. “Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”. “Tak ada gunaya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.

Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih. Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Pengajaran Bersama…….

1. Sebaik-baiknya cuba kita fahami isi al-quran dan amalkan..

2. Jika tidak mampu atau tidak sempat, jangan lah sampai tak baca atau kurang membaca Al-Quran.

Ayat-ayat Cinta Allah.....


MasyaAllah..... Hidayah itu milik Allah, namun untuk berubah, memerlukan segenggam tabah, biarpun perjuangan ke arahnya mungkin sepahit kita lalui.....tanamkan tekad dan azam untuk berubah..sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita dalam SUKA ataupun DUKA..insya'Allah..

Whoever does not find comfort in Allah will not find comfort in anything else


“Allah, the Almighty is the source of comfort and joy for the believers and those who obey Him, and the Most Beloved to those who worship Him. Whoever finds comfort in Him will be happy and enjoy life. His heart will be at peace and filled with life and love of Allah; whose attributes will live in his conscience and he will always bear the names of Allah in mind.
His mind will be filled with thoughts of Ar-Rahman (The Most Gracious), ar-Rahim (the Most merciful), al-Hamid (the Praiseworthy), al-Latif (the Most subtle and Courteous)…..So, he finds comfort in al-Bari (the Creator) and feels close to al-‘Alim (the All-Knowing).


But finding comfort in Allah does not just happen without hard work and striving for it.It is the fruit of obedience, the result of love.”

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini bersepakat untuk mengasihi-Mu, betemu untuk mentaati-Mu, bersatu untuk dakwah-Mu,, berjanji untuk menolong syariat-Mu.”

“Ya Allah, eratkanlah hubungannya, kekalkanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak akan pudar, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman terhadap-Mu, juga dengan tawakkal kepada-Mu.”

“Hidupkanlah hati-hati ini dengan makrifat-Mu, dan matikanlah ia dalam syahid demi memperjuangkan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Ya Allah, kabulkanlah permintaan ini dan berilah selawat dan salam-Mu ya Allah ke atas Nabi kami Muhammad, keluarga dan para sahabatnya.”

amin.....

Monday, December 6, 2010

Nikmatnya Syurga...:-) selamat beramal..

Beberapa Nikmat Syurga Secara Ringkas

1. Pohon Syurga

Dari Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pohon yang mana berjalan di bawah bayangnya seorang penunggang selama seratus tahun, belum lepas dari bayangnya)) Riwayat Muslim

2. Istana, Khemah dan Kamar Syurga

(Az-Zumar) 20. Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.

Sabda Rasullah s.a.w : ((Sesungguhnya ahli syurga akan memandang ahli kamar di atasnya seperti kamu melihat bintang di langit meluncur dari ufuk timur atau barat, kerana kelebihan di antara mereka)) Para sahabat bertanya: “Itukah tempat para nabi yang tidak sampai kepadanya orang lain?” Rasulullah bersabda: ((Bahkan – Demi Allah yang nyawaku dalam tanganNya- lelaki-lelaki yang beriman kepada Allah dan membenarkan para rasul)) Riwayat Muslim

3. Pasar Jumaat

Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya…)) Riwayat Muslim

4. Sungai Syurga

(Muhammad: 15) Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.

5. Bidadari Syurga

(Ar-Rahman: 56). Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

Sabda Rasulullah s.a.w: ((Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya)) Riwayat Tirmizi.

6. Makanan dan Minuman Syurga

(Al-Waaqiah: 20) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

Maal Hijrah peringatan untuk Kita...

Hijrah itu sbenarnya apa?? mostly sume org tahu, bile maal hijrah sume cuti, tu yang paling seronok bagi yang tidak tahu apa erti hijrah yang sbenarnya....tapi, adakah kite sedar dan tahu maksud di sbalik hijrah itu sendiri..Hijrah sbenarnya memerlukan pengorbanan setiap umat Islam untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Hijrah juga adalah sebahagian dr jihad yang perlu disamaidalam diri kita sama ada dr sudut pengertian atau sikap kita sendiri..

Cuba kita hayati pengorbanan Rasulallah s.a.w yang telah berhempas pulas mengorbankan segala apa yang ada dan diikuti oleh para sahabat yang setia untuk mengubah masyarakat supaya berada dalam keadaan selamat. Dalam tempoh 23 tahun, usaha tersebut dicurahkan oleh baginda dan akhirnya mencapai matlamat iaitu berjaya mengubah dan menyelamatkan masyarakat dunia dari kehancuran dan kerosakan.

Tapi kita tak sedar malah kita yang merosakkan keadaan islam itu sendri dngan merelakan diri dengan maksiat dan perbuatan keji...Rasulallah telah berusaha untuk menyelamatkan islam tapi kite dengan sewenang-wenangnya mempersendakan islam yang indah itu........

Apa yang berlaku sekarang jelas sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud:

'Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.'

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa sampai suatu masa orang-orang Islam samalah seperti satu hidangan yang dikelilingi oleh sekumpulan orang yang lapar lagi gelojoh makan. Tiada sedikitpun perasaan bimbang dalam hati orang bukan Islam untuk melakukan apa sahaja yang disukai terhadap orang-orang Islam kerana mereka sangat lemah...

jadi fikirkanla...kita masih belom terlambat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik..tanamkan tekad dan azam untuk membentuk diri kita supaya lebih dekat dengan Allah..insya'allah...



Sunday, December 5, 2010

Fikir Sejenak....

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKANkepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~