let's wish everyone with..

Monday, May 23, 2011

Carilah Hatimu!!

Pesan Imam Ghazali:


"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya. Ingat wahai diri, janji kesibokan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada penghujung, kejemuan yang senentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu-pemburu dunia yang bagaikan anjing rakus memburu bangkai. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Sebaik-baik perlindungan adalah Al Quran. Mereka yang begini sahaja mampu 'menukar' bangkai dunia menjadi baja dalam kehidupan.

Usah Berputus-asa dengan ujian..=)


Mungkin pernah ada orang mengatakan “bestnya hidup kalau x ada masalah!!”..Ya, mungkin bagi kita, jika tiada masalah, x perlu kita berasa resah+sedih+berduka dan mungkin tension with that problems..tapi, sedarlah kita, jika hidup tiada dugaan dengan ditangani pelbagai masalah, mungkin kita akan hanyut dengan kegembiraan dunia..kita tidak akan sedar akan apa kelemahan kita, kesilapan kita , kesedaran berfikir dan juga sebagai pengajaran sebagai makhluk Allah yang khilaf….mungkin kita akan menangis smpai terduduk kerana tidak tahan akan tohmahan dunia, tp sedarlah, itu bermakan kita sedang diuji dengan ujian yang amat berat…

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Sem Baru Bermula..=D

Assalamualaikum,salam ukhwah untuk semua yang membaca…

Alhamdulillah, selepas bergelumang dan berperang dengan Exam Papers dan menempuh pelbagai ragam di rumah, akhirnya, kembali jua ke UTP yang di mana mengajarku dengan pelbagai bentuk ilmu dunia dan jugak bekalan ke akhirat.Thank You Ya Allah, kerna masih memberi peluang untukku meminjam setiap nafas dan degupan jantung untukku terus mengabdikan diri ku kepadaMu…selagi ku masih hidup, insya,Allah, akan ku betulkan yang mana silap dan mengubah yang mana perlu…

Alhamdulillah, hari ni, bermulalah detikku untuk 2nd Year 1st semester student..sem ni agak susah ckit subject yang akan ku tempuhi..semoga Allah permudahkan segala urusan, amin…hmm..tp agak kurang best nya, ramai lak lectures dr India yang ajar,,hadoii, kne la ku lebihkan focus dalam kelas..seperti biasa, AZAM SEM NI “ X NAK terTIDO dalam KELAS”(haha, tiap2 sem azam cmni, tp tdo jgak)…huhu…=D..,

Semakin lama, semakin tua lak rasanya bila dh masuk sem baru…masa semakin hari berlalu dengan pantas dan cepat..pejam celik dah masuk 2nd Year..next year dah internship..semakin hari semakin risau memikirkan masa depan yang agak samar2..harap2, Allah memberi yang terbaik untukku dan memberi kekuatan akan ujianNya..insya’Allah..Amin..=)