let's wish everyone with..

Sunday, October 23, 2011

cinta itu milik Allah..


Wahai diriku...

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.


Wahai diriku....

Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

kisah budak baik~



Apa khabar blog tersayang!! =D..hari ni nk cerita suatu peristiwa yg amat2 menarik!.. tiap2 malam seperti biasa, sambil duk baca buku, aku akan tolong CHE NOR packing barang pembeli dlm beg plastik a.k.a pembantu cashier..then, suddenly, de 3 org bdak2 kecik nk bayar..aku pon tanya la, mana ma n ayah? Pahtu, diorg ckap ayah duk dalam kete..bila diorg dh amik semua barang nk beli, tetiba duit diorg x cukup..diorang ada RM2.20 je..huhu..ktorg pon tukar la barang2 adik2 tu dengan barang yg lagi murah..tp still x cukup jgak! Huhu..pahtu ad seorg pemuda/lelaki/kaum adam tengok..dia ckap, x pelah, selebihnya saya bayarkan..wah, baik sungguh hati org tu...alhamdulillah, dalam dunia yg serba kekurangan ni, masih ada manusia yang amat baik hatinya..masih ada keikhlasan dlm diri untuk bersedekah..huhu..semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusannya..ameenn..=)

Monday, October 10, 2011

Jangan Pernah Jauh dr Allah..

“ Ya Allah, kenapa aku yang menerima ujian seberat ini! Sungguh sakit dan pahit untukku menanggung!”

Begitulah remuk sekali hati setiap kali ujian menimpa kita. Air mata mengalir dengan deras menunjukkan betapa lemahnya kita. Kesakita itu bagai tiada penamatnya yang seringkali menduga keimanan kita ..

Terasa bagai Allah tidak mendengar rintihannya..

Terasa seolah-olah Allah benci kepada dia..

Terasa Allah meluat dan jemu mendengar doanya..

Dia hampir putus asa..

MERAJUK DENGAN ALLAH!

Kadang2 kita tidak terlepas daripada menghadapi ujian yg menimpa2. Datangnya tidak diundang, perginya tidak jugak diusir. Syaitan tidak jemu berbisik2 menjadi peneman yang setia menghasut dan mengajar cara2 “MERAJUK” dgn Allah......terasa sudah tidak rajin berdoa dengan Allah kerana Allah tidak mahu mendengar/ sudah jemu mendengar rintihan doa kita. Merasakan ibadat yang dilakukan adalah sia2..

“ emm, sama sahaja aku solat ke x! Sama saje aku berdoa ke x! Aku hidup dengan masalah jugak! Tuhan x sayangkan aku!”..

Begitulah kita. Cepat bersangka buruk dengan Allah. Rela mencari kesalahan lain daripada mencari kesalahan diri sendri. Yang peliknya, apabila ditimpa masalah, kenapa kita tak menunding jari kepada diri sendri betapa kita jauhnya drpd Allah. Tak ada pon kita berkata yang selama ini kita bnyak meninggalkan kewajiban yg Allah suruh dan meninggalkan maksiat yang Allah larang..

SIAPA YANG JAUH SEBENARNYA??

Kenapa mesti kita merasakan Allah itu jauh? Bukankah kita yang menjauhkan diri kita dr Allah?? Apabila hati kita yg bersih tidak diisi dengan perkara2 yang mengingati Allah, makan, hati ini akan kosong dengan sentuhanNYA. Lalu, dngn saat itulah kita akan mengatakan Allah itu jauh..

Walhal, Allah itu sngat dekat! Lagi dekat dr urat nadi kita...

Ini bukan sbb Allah yg jauh sebenarnya. Masalah itu berpunca dr kita sendri. Kurang mendekati Allah dengan perkara2 yang berkaitan denganNYA. Kurang atau tidak pernah memohon ampon atau sujud kepadaNYA...

....Cahaya hidayah yang hadir hanya untuk hati2 yang sentiasa mengingatiNYA dan bukannya HATI KOTOR dngn perbuatan kita sendiri. Kerana kekotoran dalam hati, maka tiada ruang untuk hidayah bermukim. Yang memberikan hidayah itu hanya Allah dan akan diberikan kepada orang2 yang berusaha kearahNYA..insya’Allah....

Sahabatku, ALLAH TIDAK PERNAH JAUH...

Sungguh, Allah tidak pernah jauh dr kita..pandanglah kesuluruhan kehidpan ini dengan pemikiran yang Allah kurniakan..renungkanlah sejenak betapa Allah amat menyayangi kita..sesungguhnya ALLAH TIDAK AKAN MEMBEBANKAN MAKHLUKNYA DI LUAR KEMAMPUANNYA MELAINKAN DENGAN KESANGGUPANNYA..

“ dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu(muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku, hendaklah dia memenuhi permintaanKu dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.”-al-baqarah (186)..

Masalah yg hadir sebenanrnya bergantung pada hati kita sendiri..kenapa mesti kita merasakan Allah itu jauh bila menghadapi sesuatu ujian yg berat?? Sedangkan para pejuang Islam yg terdahulu telah diuji dengan begitu hebat dibandingkan dengan kita. Mereka itu lebih mulia dr kita.

Bibir ringan mengukir bicara bahawa kita yakin menuturkan rasa cinta kepada Allah dan rasulNya. Tetapi apabila menimpa musabah? Ukiran dibibir itu amat berbeza dngn yg terbuku di hati. Di mana buktinya kata2 yang diukir itu???

“ apabila kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang padamu (ujian) sepertimana dialami oleh orang2 yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang dngn pelbagai cubaan..sehingga Rasul dan orang2 yg beriman bersamanya berkata,”Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesunggunya pertolongan Allah itu sngat dekat,”-al-baqarah:214

Sunday, October 9, 2011

Solat Untuk Menyembah, Bukan Meminta!

Pandangan kita sendiri sbgai manusia menganggap SOLAT sebagai tempat untuk meminta-minta SAHAJA kadangkala boleh menjahanamkan kekhusyukan solat kita. Apa tujuan kita solat sbenarnya?? Apa niat utama kita sebelum kita solat?? Solat yg didirikan dgn penuh keinsafan harus berkiblatkan dgn NIAT kerana Allah semata2 BUKAN semata2 untuk meminta2..sbb itu ,

KEIKHLASAN itu sesuatu yang tak dicatat oleh malaikat, tidak terlihat oleh manusia dan tidak dirosakkan oleh syaitan, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..

Apa tujuan kita SOLAT?

Maksudnya..
“ kita solat sebagai mengiktiraf, memperakui, meyakini, mempercayai sepenuh jiwa dan raga bahawa Allah sahajalah Tuhan kita yang layak disembah.”

Allah itu Maha Kreatif telah menciptakan “solat 5 kali sehari” sbgai tawassul (pengantara) antara hamba dan Tuhannya. Solat itu sbgai “message” yg ditaip khas untuk kekasih yg kita puja untuk mengingatiNYA. Manakala doa yg diharuskan oleh Allah layaknya sprt panggilan “call” yg boleh dibuat di mana-mana shj, pd bila2 masa yg kita mahu. Pabila kita x solat, perkataan “baik” yg ad pd diri kita hanyala MEKAP yg ditempel kt muka dan apabila hujan turun basahla mekap tersebut seterusnya akan hilang...

APA BEZA ORG YG BAIK HATI DAN ORG YANG BERIMAN??

Seseorang yang hanya baik hati, tidak cukup untuk menggelarkan dirinya SUDAH CUKUP BAIK. Hamba Allah yg beriman walau diterjah dgn ujian yg sngat pahit+getir, mereka tidak cepat melatah+give up+apatah lagi untuk menoleh ke belakang..hati meneka sentiasa menginati Allah dalam apa jua keadaan..

Mereka juga sanggup bersengkang mata ber”dating” dengan KASIH PUJANGGA mereka di sepertiga malam (bertahajjud) dan mudah mengalirkan air mata ketika mendengar alunan lagu2 yg didendangkan dr kita Al-Quran yg mampu mencairkan hati yg keras dan alpa..

Hati mereka tenang dan mudah dibuai dengan keasyikan irama Tuhannya. Lagu-lagu yang didendangkan dari kitab Al-Quran mencairkan hati yang keras dan alpa. Kadangkala pula air mata jatuh bercucuran apabila diingatkan tentang neraka dan syurga. Tidak hairan kita melihat mereka ini sanggup bersengkang mata di sepertiga malam (bertahajjud) untuk ber"dating" dengan Kekasih hati.

Ternyata untuk membetulkan niat kita memang susah..tapi dengan sikap beristiqamah dalam beribadat, insya’Allah, akan Allah bukakan pintu hati kita untuk terus menCINTAINYA! Amenn..


Tanpa agama manusia binasa,

Tanpa ilmu manusia buta,

Tanpa iman manusia sengsara,

Tanpa ukhwah manusia tersiksa.

Ada agama datangnya pelita,

Ada ilmu datangnya harta,

Ada harta datangnya derma,

Ada ukhwah datangnya saudara


Saturday, October 8, 2011

Kehidupan dan Cinta


Suatu ketika, bila kita sudah melangkah umur yang lagi matang, pasti akan terfikir ke mana hala tuju kita ,..ingin berfikir erti kehidupan sebenarnya...tipulah kalau seorang perempuan memang x pernah sukakan seseorang. Perempuan memang telah dilahirkan untuk berhati lembut, cepat jatuh cinta..sangat bahaya!

Kekadang perasaan resah, gelisah, semuanya bergaul dalam diri..seolah menafikan sesuatu perasaan suka tersebut..kekadang takot, bila perasaan suka/minat itu timbul akan membuatkan diri ini amat jauh dr Allah..SELAGI TIADA YANG SOHIH JANGAN ROSAKKAN HATI KITA...

Rencana Allah itu indah..kita tidak tahu sedangkan Allah sudah menjanjikan yg terbaik untuk kita..semoga pilihan kita nanti di bawah bimbinganNYA.selalu kita inginkan sesuatu untuk memenuhi kehendak kita, tapi kita sering lupa, Allah tidak akan berikan setiap apa yang kita mahu, tapi Dia berikan apa yang kita perlu..insya’allah...

“Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah. Bertemu yang sooleh, belum tentu kekal, mungkin boleh merubah solehnya, kerana si soleh adalah insan biasa”


money..money..

Alhamdulillah, di saat ini, ku masih boleh merasa nikmat Allah, diberi peluang untuk menjalani perjalanan yang mungkin akan berakhir tidak lama lagi, ataupun sekejap lg..alhamdulillah Ya Allah, di saat ku kesedihan atau kegembiraan, Kau sentiasa tempat untuk ku mengadu, meluahkan sesuatu yang hanya Kau yang memahami...

Pagi tadi sempat ku menemani ibuku ke medical checkup..dlm perbualan tu mereka bertanya pasal pendapatan keluarga..aku amat hairan kenapa manusia skrg menganggap duit adalah segala-galanya bg mereka.. “boleh ke akak hidup kalau duit sebanyak tu?” ayat yg aku masih ingat..hmm..duit adalah segala-gala ke?? ? pandangan org berbeza2..ada yang sanggup abaikan tanggungjawab kepada Allah semata2 mengejar kekayaan..

DUIT! Bukannya boleh kita bawa kpd kematian dan jngn pula kita menganggap duit tu tidak penting.. Duit/Wang memanglah penting tp bukan segala-galanya untuk hidup..hidup ini jangnlah kita terlalu taksub mengejar kemewahan smpai snggup berebut2 harta/keuntungan/...tp hiduplah dengan selesa dengan berpada2 mengejar kemewahan...

Kekadangn kita lupa yang Allah yang memberi kita rezeki...kekayaan tidak boleh untuk membeli tempat di syurga kelak..insya’allah, apa2 yang terjadi, Allah kn ada..=)

bag of money

Monday, October 3, 2011

Percaya PadaNYA

Kuatkan hatimu..andaikata itu yang dijanjikan Allah, terimalah dengan penuh kesabaran..Allah tidak pernah berlaku kejam kpd makhlukNya bahkan Dia Maha Adil dan Maha Mengetahui....walaupun ianya pahit untuk dirasa, ingatlah apa yg akan mendatang mungkin lg pahit terasa..=(

Rasulullah SAW pernah menasihati puteri tercintanya :

“Anakku, dunia ini adalah ladang untuk beramal. Dan hidup di dunia ini bererti bekerja. Maka penuhilah kewajibanmu sebaik-baiknya. Jika kamu merasa penat dan letih, dan merasakan kewajibanmu begitu sangat berat, berdoalah kepada Allah, niscaya Allah akan memberikan kekuatan kepadamu....”