let's wish everyone with..

Wednesday, August 17, 2011

Ya Allah, ujian itu milikMU


Dalam bilik Ustaz Pisol

Ustaz: awak hafal x ni? Kenapa bnyak sngat x leh jawab?

Aku: emm..saya hafap ustaz, tp de kekeliruan je..

Ustaz: bnyak sngat ni x betol..exam dh dekat dah..org lain semua bole jawab..x hafal ni..

Aku: (terkebil2..dalam hati hanya Allah yang tahu betapa sedihnya)

Ustaz: klu awak hafal, mesti bole jawab..cmne nk jawab final exam ni..fiil entah ke mana..salah awak ni, sbb awak x study betol2..

Aku: (terpaksa mengukir senyuman walaupun dengan hati yg sebak)..saya try ustaz..sy try study lg..

After keluar bilik ustaz, aku dh x leh nk kata apa2..telinga n mulut terkunci menahan sedih..memang betul kata ustaz..aku x study betol2..

Banyak sangat dugaan untuk sem ni..sampai x tahu nk kata apa..tersangat RISAU+SEDIH+STRESS dengan result untuk sem ni..dengan subject CM yang down sngat2 courswork nya, then ARAB lagi..hmmm..kekadang otak dh tau x nk berfikir mcm mana..sempat lg kah untuk mengubah segalanya b4 final exam ni???? Ya Allah, mungkinkah ini dugaanMU Ya Allah..

Tersangat2 down bila fikir result yang bakal ku dapat nanti..emm, sepatotnya aku tidak bole mengeluh..tp entahla, kekadang aku rasa sangat stress dan mungkin satu masa, akan GIVE UP..Ya Allah, berikanlah aku kekuatan..kekuatan untuk menghadapi segalanya…

Pejamkan mata, istighfar….

********************************

Saturday, August 13, 2011


Kekadang dunia tidak seindah apa yang kita sangka..kita akan menangis bila kita menerima dugaan yang amat2 berat..di saat itu, Allah ingin melihat sejauh mana keimanan dan cintanya kita kepadaNYA..realiti hidup, dunia ini diibaratkan pentas yang luas untuk manusia berlakon dengan pelbagai rentak dan watak…ada yang baik, ada yang jahat, ada yang suka mengambil kesempatan, ada yang selfish dan ada juga yang hipokrit…

Mungkin di mata manusia sekarang hanya mampu melihat dunia yang realiti dan tidak mampu memikirkan dunia yang KEKAL iaitu akhirat….kekadang ku terfikir, kenapa kita mudah menangis jika kita tidak dapat apa yang kita hajatkan di dunia, tetapi kita tidak pula menangis pabila kita mungkin tidak akan dapat apa yang kita hajatkan nanti di akhirat iaitu SYURGA.. sesungguhnya balasan di akhirat itu pasti…

Tahukah kita..betapa kerdilnya kita jika dibandingkan dengan ciptaan Allah yang lain..kekadang ku terfikir , ketika saat di dalam rumah yang kita rasa paling selamat untuk tinggal, mungkin kah kita kan betul2 selamat??? Mestilah tidak kn? Macam2 boleh berlaku…saat yang kita akan rasa paling selamat ialah apabila sentiasa dekat dengan ALLAH..jika di saat kita kembali kepadaNYA, kita mungkin akan rasa bersedia untuk berjumpa denganNYA..sesungguhnya kematian itu pasti…

Mungkin indah di kala kita mencintai seseorang yang bergelar manusia..cinta itu fitrah bg setiap manusia..kekadang kita perlu melepaskan seseorang yang kita rasa kita mencintainya..mungkin itu bukan jodoh kita..sesungguhnya jika kita mencintai manusia, kita akan mendapat cinta manusia..tetapi jika kita mencintai ALLAH, kita akan mendapat cinta ALLAH, dan cinta manusia yang mencintai ALLAH..insya’allah….

eppy ramadhan..=D

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN....datang lagi


Alhamdulillah, Allah masih memeberi ku peluang untuk bersama Ramadhan. Allah masih memberi ku peluang meminjam nafas untuk beramal kepadaNYA..semoga Ramadhan kali ini dapat ku manfaatnya dengan sebaik mungkin..insya’Allah…