let's wish everyone with..

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah..


Ya Allah,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati ma dan ayahku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
ameen...

Sunday, November 20, 2011

Jalinan kasih~

Alhamdulillah, baru shj selesai program Jalinan Kasih antara kami ( pelajar2 ipt) & adik2 sekolah..overall, program ini sepatotnya boleh jd lagi bagus kalau melibatkan aktiviti yg lagi best...mungkin boleh diimprovekan lg!.. best dpt meluangkan bersama Sofea n Shima..menikmati pemandangan laut even mse tido pon boleh tengok sbb bilik mengadap laut..pahtu seronok dpt kenal kawan2 UPSI...



mula2 program agak kekok disebabkan most of them x kenal..tp excited nk g sbb nk jumpa balik kawan2 mse survival laut di Pulau Bidong dulu..dapat jugak berjumpa dengan Yatt dan kami satu rumah..:-D... seronok bila dapat bermain2 ngn adik2..mengimbau mse skolah2 dulu..haha..alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik! harap dapat berjumpa lagi semua~!!

Monday, November 14, 2011

Pesan Untuk Diri Dan Teman d Fesbuk!


nice song~ tetiba jumpa kt u-tube..suka dengar rentak yg bersahaja dan amat sesuatu untuk dijadikan peringatan bersama..happy - 50x50px


Thursday, November 3, 2011

Yakin Dengan Allah..

Milik Siapakah Kita???


Pernah ke x kita terfikir, siapakah kita?? Milik siapakah kita..adakah kita hak milik mutlak ibu dan ayah..ke manakah tujuan kita?? Smpai bilakah kita hidup dalam keduniaa?? Adakah kekal?? Kenapa kita masih tidak sedar..siapa PEMILIK kita sebenarnya?? Allah yang memiliki kita kerana Allah yang menciptakan kita dan akhirnya kita akan kembali kepadaNYA..andai kata kita rasa sngat2 bahagia di dunia, mungkin kebahagian itu hanya di dunia tidak menjamin untuk akhirat..kita angkuh dengan Allah..berjalan dengan bangga kerana menganggap kita paling hebat, lawa, cantik, bergaya, kaya..tp mungkinkah kita dapat berbuat demikian di akhirat kelak???

Rasa BERTUHAN amatlah penting yang perlu ditanam dalam diri kita. Apabila kita rasa seolah-olah tidak bertuhan, maka “celaka lah kita!” kerana mana mungkin kita tercipta tanpa PENCIPTA??..Jika kehambaan itu menyebabkan kita tajut, lemah, hina sebalinya rasa hidup bertujan akan menimbulkan kembali keberanian, mulia dan kuat..SESEORANG YANG PALING KUAT DI KALANGAN MANUSIA IALAH DIA YANG MERASA LEMAH DI SISI ALLAH.....

Apabila kita menghadapi ujian Allah, walau berat sekalipon akan mampu dihadapi kerana masakan Allah akan membantu

“ inilah rasa yang dialami oleh Rasulallah SAW tatkala mententeramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di Gua Thur dengan katanya, “ LA TAHZAN INNALLAH MAANA-jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita..!”

Tatkala Jiwa Tidak Tenang...

Tatkala jiwa kita tidak tenang, kita sibuk mencari kawan ataupun buah hati untuk meluahkan segala-galanya..adakah kita sedar, dikala itu, Allah bersama kita...sentiasa mendengar luahan hati kita..tanpaNya, kita x kan kembali tenang..

“ Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana..” (Surah Al-Fath:4)

Dan dikala hati kita tenang, berlakulah keadaan yang telah disabdakan oleh Rasulallah:

“ amat menarik hati keadaan orang yang beriman, semua pekerjaan baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan( pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan”.-Al-Hadis..

Jika kita imbau kembali pejuang2 islam, rasa “bertuhan” inilah yg menyebabkan mereka mempunyai semnagat yang kental menentang kezaliman dan musuh2 Allah. Tiada istilah kecewa dlm hidup mereka. DOA dalah senjata mereka manakala SOLAT dan SABAR menjadi medium untuk mendapatkan pertolongan dr Allah...

“ Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd orang2 yang khusyuk”,-surah al-baqarah:45

Ya Allah..

Wahai hati, kenapa masih lupa cinta Allah..kenapa masih lupa bahawa Allah yang Maha Mengetahui..kenapa setiap sudut hati diisi dengan cinta-cinta dunia..Ya Allah, lemahnya iman hambaMu..cepat melupakanMu..cepat melatah apabila mendapat bayangan dugaanMu..dan cepat melupakanMu ketika cinta dunia hadir..izinkan aku mengisi setiap ruang hatiku hanya cintaMu..

Gurauan Kekasih..


Anas r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki badwi bernama Zahir, seorang yang buruk rupa parasnya tetapi sangat mulia akhlaknya serta sangat dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.
Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya. Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Zahir orang kampong kita dan kita orang kotanya.”
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuta. Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Rasulullah s.a.w. membiarkan saja Zahir meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan didapati yang memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan bahagianya dia membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.
Rasulullah s.a.w. masih tidak melepaskan pelukannya. Sebaliknya dengan keadaan tangannya yang mulia yang tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata: “Siapa nak beli hamba ini? Siapa nak beli?”
Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”. Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!” Musnad Ahmad
Masya-Allah! Demikianlah tingginya pekerti Nabi s.a.w. dan betapa kasihnya baginda kepada sahabatnya tanpa mengira kedudukan, rupa dan harta. Baginda menegaskan dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kata bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.