let's wish everyone with..

Sunday, October 9, 2011

Solat Untuk Menyembah, Bukan Meminta!

Pandangan kita sendiri sbgai manusia menganggap SOLAT sebagai tempat untuk meminta-minta SAHAJA kadangkala boleh menjahanamkan kekhusyukan solat kita. Apa tujuan kita solat sbenarnya?? Apa niat utama kita sebelum kita solat?? Solat yg didirikan dgn penuh keinsafan harus berkiblatkan dgn NIAT kerana Allah semata2 BUKAN semata2 untuk meminta2..sbb itu ,

KEIKHLASAN itu sesuatu yang tak dicatat oleh malaikat, tidak terlihat oleh manusia dan tidak dirosakkan oleh syaitan, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..

Apa tujuan kita SOLAT?

Maksudnya..
“ kita solat sebagai mengiktiraf, memperakui, meyakini, mempercayai sepenuh jiwa dan raga bahawa Allah sahajalah Tuhan kita yang layak disembah.”

Allah itu Maha Kreatif telah menciptakan “solat 5 kali sehari” sbgai tawassul (pengantara) antara hamba dan Tuhannya. Solat itu sbgai “message” yg ditaip khas untuk kekasih yg kita puja untuk mengingatiNYA. Manakala doa yg diharuskan oleh Allah layaknya sprt panggilan “call” yg boleh dibuat di mana-mana shj, pd bila2 masa yg kita mahu. Pabila kita x solat, perkataan “baik” yg ad pd diri kita hanyala MEKAP yg ditempel kt muka dan apabila hujan turun basahla mekap tersebut seterusnya akan hilang...

APA BEZA ORG YG BAIK HATI DAN ORG YANG BERIMAN??

Seseorang yang hanya baik hati, tidak cukup untuk menggelarkan dirinya SUDAH CUKUP BAIK. Hamba Allah yg beriman walau diterjah dgn ujian yg sngat pahit+getir, mereka tidak cepat melatah+give up+apatah lagi untuk menoleh ke belakang..hati meneka sentiasa menginati Allah dalam apa jua keadaan..

Mereka juga sanggup bersengkang mata ber”dating” dengan KASIH PUJANGGA mereka di sepertiga malam (bertahajjud) dan mudah mengalirkan air mata ketika mendengar alunan lagu2 yg didendangkan dr kita Al-Quran yg mampu mencairkan hati yg keras dan alpa..

Hati mereka tenang dan mudah dibuai dengan keasyikan irama Tuhannya. Lagu-lagu yang didendangkan dari kitab Al-Quran mencairkan hati yang keras dan alpa. Kadangkala pula air mata jatuh bercucuran apabila diingatkan tentang neraka dan syurga. Tidak hairan kita melihat mereka ini sanggup bersengkang mata di sepertiga malam (bertahajjud) untuk ber"dating" dengan Kekasih hati.

Ternyata untuk membetulkan niat kita memang susah..tapi dengan sikap beristiqamah dalam beribadat, insya’Allah, akan Allah bukakan pintu hati kita untuk terus menCINTAINYA! Amenn..


Tanpa agama manusia binasa,

Tanpa ilmu manusia buta,

Tanpa iman manusia sengsara,

Tanpa ukhwah manusia tersiksa.

Ada agama datangnya pelita,

Ada ilmu datangnya harta,

Ada harta datangnya derma,

Ada ukhwah datangnya saudara


0 comments:

Post a Comment