Milik Siapakah Kita???
Pernah ke x kita terfikir, siapakah kita?? Milik siapakah kita..adakah kita hak milik mutlak ibu dan ayah..ke manakah tujuan kita?? Smpai bilakah kita hidup dalam keduniaa?? Adakah kekal?? Kenapa kita masih tidak sedar..siapa PEMILIK kita sebenarnya?? Allah yang memiliki kita kerana Allah yang menciptakan kita dan akhirnya kita akan kembali kepadaNYA..andai kata kita rasa sngat2 bahagia di dunia, mungkin kebahagian itu hanya di dunia tidak menjamin untuk akhirat..kita angkuh dengan Allah..berjalan dengan bangga kerana menganggap kita paling hebat, lawa, cantik, bergaya, kaya..tp mungkinkah kita dapat berbuat demikian di akhirat kelak???
Rasa BERTUHAN amatlah penting yang perlu ditanam dalam diri kita. Apabila kita rasa seolah-olah tidak bertuhan, maka “celaka lah kita!” kerana mana mungkin kita tercipta tanpa PENCIPTA??..Jika kehambaan itu menyebabkan kita tajut, lemah, hina sebalinya rasa hidup bertujan akan menimbulkan kembali keberanian, mulia dan kuat..SESEORANG YANG PALING KUAT DI KALANGAN MANUSIA IALAH DIA YANG MERASA LEMAH DI SISI ALLAH.....
Apabila kita menghadapi ujian Allah, walau berat sekalipon akan mampu dihadapi kerana masakan Allah akan membantu
“ inilah rasa yang dialami oleh Rasulallah SAW tatkala mententeramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di Gua Thur dengan katanya, “ LA TAHZAN INNALLAH MAANA-jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita..!”
Tatkala Jiwa Tidak Tenang...
Tatkala jiwa kita tidak tenang, kita sibuk mencari kawan ataupun buah hati untuk meluahkan segala-galanya..adakah kita sedar, dikala itu, Allah bersama kita...sentiasa mendengar luahan hati kita..tanpaNya, kita x kan kembali tenang..
“ Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana..” (Surah Al-Fath:4)
Dan dikala hati kita tenang, berlakulah keadaan yang telah disabdakan oleh Rasulallah:
“ amat menarik hati keadaan orang yang beriman, semua pekerjaan baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan( pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan”.-Al-Hadis..
Jika kita imbau kembali pejuang2 islam, rasa “bertuhan” inilah yg menyebabkan mereka mempunyai semnagat yang kental menentang kezaliman dan musuh2 Allah. Tiada istilah kecewa dlm hidup mereka. DOA dalah senjata mereka manakala SOLAT dan SABAR menjadi medium untuk mendapatkan pertolongan dr Allah...
“ Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd orang2 yang khusyuk”,-surah al-baqarah:45
0 comments:
Post a Comment