Saturday, December 31, 2011
Jam Locengku.. :-D
bila mata kuyu, tetiba teringat gelagat msa kecik2 dulu..masa tu skolah rendah lagi..apa x nya, kalau pegi kedai/pasar malam, mesti suruh ma belikan jam loceng..kataku kalau ad jam loceng boleh la bangun awal, x yah duk suruh ma/ ayah kejut2 dh..haha..
dulu masa tu,susah sangat nk tido dlm bilik..yela, sorg2 lak tu..pahtu bawak la bantal satu, selimut semua dan haaaa paling x lupa, jam loceng tido kt luar smbil tengok tv..mesti/ WAJIB bawak jam loceng tu ke mana2 tempat nk tido..tp masalahnya, ma still duk kejut sbb jam je bunyi, tuan jam tido mati.. :-p
pahtu satu hari, masa nk g tido kt luar, jam loceng tu terjatuh..dh la jam tu baru beli kt MYDIN..ingat lg harga dia RM4.90..jam tu best! ad lampu, pahtu bunyi dia boleh pilih nk bunyi mcm mana..huhu..sedih sngat2..pahtu ma beli jam yg baru tp x sama dh yg mcm tu..sbb harga kt luar jam loceng tu mahal..
:-( rindu JAM LOCENG tu..
Thursday, December 22, 2011
Sabda Rasulallah....
"Barangsiapa memiliki 3 sifat ini, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya. Mencintai seseorang hanya kerana Allah dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabila dilemparkan ke dalam neraka.”
Dari Anas ra. Dari Nabi SAW, beliau bersabda;
“Tidak sempurna uman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri..”(al-bukhari 13.Muslim 45)
Cuba Fahamkan!!
Sejelasnya, cinta ialah tautan dari hati ke hati dan bukanla seprti yang diagung-agungkan barat yang memanipulasi CINTA dengan CONTACT badani iaitu PERGAULAN BEBAS...Ingatlah, “cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenanrnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan”(Al-Farabi)
Peraturan Cinta!!
Menurut buku karya USTAZ PAHROL MOHD JUOI iaitu “TENTANG CINTA” terdapat 2 peraturan untuk melayakkan seseorang itu bercinta...
1) Hendaklah cinta kita itu didasarkan pada Allah
2) Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ad hokum Allah yg dilanggar
“TIDAK PAYAH BERSENTUHAN TANGAN KERANA MEREKA SUDAH BERSENTUHAN HATI. TIDAK PAYAH BERBALAS KERLINGAN MATA KERANA MEREKA SUDAH PON BERBALAS-BALAS DOA”
Insya’ALLAH...
Friday, December 16, 2011
Doa Seorang Kekasih..♥ ♥ -In-team
Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan Ya Allah, Ya Tuhan-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkanlah yang sejahtera abadi...
Tetapi Ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewan olehnya. Serta Ya ALLA Ya Tuhan-ku yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan, melontar bayangan jauh ke dada langit, hilang bersama senja merah, agar aku bahagia, walaupun bukan bersamanya....
Thursday, December 15, 2011
"INSYA"ALLAH" bukan hanya janji kosong!!!
Seorang KRISTIAN Memeluk ISLAM ....
Sedang cibuk duk usha blog2 akhwat2 yang dikasihi..then, terjumpa satu cerita yang best dr blog saudari Yatt..:-D izinkan share di blog fatin yer..hehe..Marilah sama2 kita renungkan kisah ini:-
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"
Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa.
Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja."
Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya."Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya.
Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."
Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."
Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Saturday, December 10, 2011
Pinjamkan telingamu padaku, boleh?
“ Seseorang pendengar yang baik, lebih cepat mencapai kebajikan hidup daripada yang terlalu sibuk berbicara. Dan satu lagi, mendengar adalah pemberian yang memuliakan sesiapa pun. Kerana, sebab utama daripada kekecewaan banyak jiwa, adalah rasa kurang bernilai apatah lagi pendapat dan perasaannya tidak didengarkan. Tidak dipedulikan..”
Maka, cuba kita hadiakan telinga kita kepada mereka yang kita sayangi dan menganggap kebahagiaannya penting buat kit. Jadilah PENDENGAR YANG SETIA...
“ mendengarkan adalah kesediaan hati yang baik. Lambang kemuliaan dan keikhlasan hati seseorang yang suka menghargai. Betapa kasihnya dia, orang lain juga kasih kepadanya.”
Jika kita adalah seorang SAHABAT, maka jadilah sahabat yang baik, apabila ada masalah, kitalah orang yg pertama dicari. Walaupun kita hanya mampu mendengar, itu sudah melegakan hati sahabat yang sedang gelisah. Indahnya ukhwah kerana Allah, susah senang dpat dikongsi bersama..
Andai kita menjadi seorang mamkum kepada imam, maka jadilah sayap kiri kepada khalifah. Menjadi pendengar setia kepada seorang daie. Tulang belakang kepada kaum ADAM. Memandailah dengan hanya mendengar,bagai SECANGKIR CINTA BUAT PENGHILANG DAHAGA.
Dan sekiranya kita ingin menjadi daie yang menggerakkan agama. Sebelum da’ie ingin mad’u nya mendengar, dai’e hendaklah mendengar terlebih dahulu. Mendengar sebelum menghukum secara melulu..
Apabila kita berbicara, mungkin ada tersalah kata ataupung mungkin mengguris perasaan..itu memang lumpah berbicara..namun, menjadi seorang pendengar yang setia, boleh menyembuhkan segala luka di hati..hebatkan kuasa Illahi?? Allah telah menciptakan deria kita yang mempunyai pelbagai keistimewaan yang x terungkap dengan kata tp boleh ditafsirkan melalui hati..