Kembalikanlah diri kita pada DIa, semoga kita semua bersatu dibawah kepercayaan pada yang Maha Esa, ku bimbangi bukanlah hukum semata, tetapi kedudukan kita suatu masa, bila jiwa tidak lagi bernyawa, bila hati tidak lagi punya rasa, bila roh tidak dibumi yang seketika, apakah kita masih punya masa, kembali kepada suatu akidah yang dicinta, yang dipelihara dan dijaga, kerana itu teruslah berusaha…(selamat mencari kecintaan yang didamba)
...tatkala kita melangkah menyusuri kehidupan dunia, kadangkala kita diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis ,...
Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan..
"Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepada-Mu dan cinta kepada orang-orang yang mencintai-Mu, termasuk orang-orang yang sayang kepada semua amalan yang boleh membawa sayang kepada-Mu."(HR At-Tirmidzi:3341)
0 comments:
Post a Comment