“INSYA’ALLAH” perkataan yang sering kita dengar di kalangan MUSLIM ataupun orang MELAYU. Kita suka menyebut INSYA’ALLAH walaupun tidak memahami apa MAKSUD yang sebenarnya... Yang paling tak masuk akalnya,
“AKU MALASLA NK PERGI, INSYA’ALLAH la..”
Hurmm.. faham ke tidak maksud insya’Allah tu???
Sebenarnya ramai yang tidak tahu makna disebalik kalimah itu..INSYA’ALLAH adalah DOA, bukan bicara kosong!! Dan bukan juga ayat penyedap hati mahupun alasan untuk mungkir janji seperti orang2 munafiq. Seolah2 kita telah memperlekehkan taraf kalimah itu demi kepuasan nafsu MALAS kita....
Selalunya, apabila kita berjanji, kita perlu menunaikan janji itu dan berkata ‘’ INSYA’ALLAH” bg member faham si penerima janji bahawa janji itu CONFIRM akan terjadi dengan IZIN ALLAH or WITH GOD’S WILL”...
Secara tidak sedar, kita sedang mempermainkan doa dek kerana kejahilan. Janan pula marahkan Tuhan kerana tidak memakbulkan doa kita sbb kita sendiri tidak mengotakan janji dan membuat helah dengan menyebut “INSYA’ALLAH”...
Usah mengatakan INSYA’ALLAH jika kita malas/ ingin mengelak. Lebih baik senyap dan berdiam diri. Sedarilah, kita sedang bebrjanji kepada Allah, Tuhan Segala Manusia bukan manusia yang terbatas. Hindarilah sikap munafiq yang tercela seperti dalam hadis Nabi SAW:” tanda-tanda orang munafik ada tiga, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, dan apabila diberi amanah dia khianati”
“ dan penuhi (sempurnakanlah) perjanjian ( dengan Allah dan manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.”-(Al-Israk:34).
0 comments:
Post a Comment