let's wish everyone with..

Wednesday, December 7, 2011

maaf, saya tak nak bercinta lagi..

Fitrah semulajadi setiap insan yang bergelar manusia “mencintai dan dicintai”. Hadirnya perasaan itu mungkin dikala tidak matang dalam pemikiran kita dalam mengenal cinta yang sejati. Andai kita selalu dibuai perasaan cinta, terlalu banyak mencintai kita mungkin tidak dapat mengenal cinta yang sejati.
Buat mereka yang pernah bercinta dan mahu berubah kembali kepada yang berhak, TAHNIAH!
Buat mereka yang sedang derita dan bermujahadah dalam kecelaruan cintanya, TAHNIAH!
Buat mereka yang tidak putus asa berusaha untuk mencari cinta Tuhan semula, TAHNIAH!
Buat mereka yang terseksa dngn amukan nafsu remaja dan kini sedang mengubatinya, TAHNIAH!
TAHNIAH, itu satu kebanggan buat kita! Satu penghormatan yang tinggi bg mereka yang tidak pernah tahu erti “COUPLE”. Untungnya mereka ini, pernah merasa syoknya bercinta dan deritanya bercinta. MUJAHADAH yg paling besar buat hamba adalah melawan nafsunya sendiri!
Sahabat Abdullah ibn Abbas berkata,” Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran.”
ANDAI YANG TIDAK HALAL ITU HADIR, PUJUKLAH DIRI, LEPASKAN DIA PERGI
“Putus cinta dan mahu bercinta kembali” perlu dibuang sejauh2.Hapuskan ia pergi!! Lihatlah wahai hamba kesayangan Allah, Allah mahu mengajar kita, mendidik kita, mahu mentarbiyahkan kita, betapa cinta yg haram itu adalah hina. Betapa mudahnya diri terperangkap di dalam Noda dan Dosa.
Yup! Hati perempuan memang mudah cair dengan pujukan dan ayat2 manis si dia, TETAPI itu tidak menjanjikan kebahagiaan yang kita cari..
Cuba renungkan, Air mata kita terlalu murah kanya kerana cinta manusia! Lemahnya diri tertawan dengan janji2 mulut manis si dia. Tubuh badan diratah, maruah tergadai dan akhirnya kita ditinggalkan dengan bodoh sekali apabila sudah muak dan bosan. Andai itu tidak terjadi, bersyukurlah. Tetapi jika sebaliknya, bagaimana???
Jika FACEBOOK menjadi punca luka berdarah kembali, block/”delete” kn shj dia drpd akaun kehidupanmu!
Jika handphone menjadi punca kegersangan cinta, tukar shj nombor baru tanpa berfikir banyak kali.. lemparkan semua kenangan atau gambar2 mesra kamu dalam longkang najis, bukan semata2 benci tetapi TEGAS DALAM PRINSIP!
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang cari dibalik itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang melampau batas. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal didalamnya." (Surah al-Mukminun ayat 1-11)

0 comments:

Post a Comment